Video menarik : Animasi menggunakan belon
Khalis sangat berminat dengan animasi dan grafik. Minat tapi tak berminat nak peningkan kepala nak belajar. Pernah cuba,tapi belajar dengan e-book dan youtube memang tak menjadi.
Sebab itu Filem pertama Khalis tengok masa masuk UTM dulu ialah Finding Nemo.. Dan Khalis tengok bersama seorang kawan sekelas yang tua 2 tahun dari Khalis. Yerla,, takkan nak tengok sorang sorang..heh
Video ini best kerana menggunakan 600 biji belon yang dipecahkan 10 biji setiap saat. Konsep iklan ini diilhamkan oleh sebuah syarikat pengiklanan dari Brazil yang bernama Laducca. Dalam masa 1 minit, animasi ini menceritakan mengenai lagenda rock seperti Slash, Ozzy, Gene Simmons. Dan ianya dicipta khas untuk iklan MTV Turkey kalau tak silap.
Memang tidak aada sebarang kesalahan boleh berlaku semasa proses buat animasi ini kerana jika tersalah bermankna mereka terpaksa melukis semua kartun pada 600 biji belon.Dan Khalis percaya ianya bukan kerja yang mudah..Leceh oo..
Comments
majlis tak lama dah ke?