Cerita Lawak 5 Sen vs malam jumaat


Malam itu malam Jumaat. Jam menunjukkan pukul 11.30malam. Si suami lekas lekas merengek pada isterinya dengan alasan malam Jumaat tak baik dilewat-lewatkan. Si isteri yang akur dengan alasan pahala sunat malam Jumaat rasa bersalah seandainya tidak membantu suaminya.Lantas si isteri menarik tangan suaminya masuk ke bilik tidur

Baru sahaja si suami bismillah, dia terkejut mendengar jeritan anaknya dari bilik sebelah. Sepantas yang mungkin si ayah mengajak si ibu pergi melihat apa yang berlaku pada anak mereka.

"Kenapa nangis ni?
 Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis.

Baru sahaja si ayah ingin memndang si ibu dengan pandangan penuh makna,Sepantas kilat juga si anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Comments

Syarni Farida said…
bijak sungguh anak die ;p
RHI said…
wahhhh...parah ni hahaha,
SN said…
kacau line...haha
EzayHadry said…
anak tau2 je malam jumaat :P

sian mak die
Cik Tomei said…
parah sungguh~huhu
memang nak kena penampar dr ayahnya . hahaha
lisa lis said…
hahahahaha...hampeh punya anak~

Popular Posts