Ujian Filem melayu yang anda minat


Kebelakangan ini,banyak sungguh filem melayu yang berkualiti diterbitkan. Khalis sendiri tak tahu yang nak pilih. Jadi Khalis cuba seneraikan 18 filem melayu terbaik dari zaman hitam putih sampaila sekarang.

Jadi kalau anda keliru, cuba anda cuba ujian ini dan anda tengok keputusannya.. Agak tepat juga sebenarnya ujian ini..anda tak perlu susah-susah nak fikirkan filem apa terbaik, cuma jawab sahaja soalan ni anda akan dapat jawapannya..

Mula mula anda fikirkan no 1-9
Kemudian nombor yang anda fikirkan itu darabkan dengan 3
sudah dapat?darab betul-betul tau,,
kalau dah dapat tambah dengan nombor tiga
kemudian darabkan jawapan anda lagi dengan nombor tiga
kemudian jumpahkan dua digit jawapan anda..faham tak? kalau contoh dapat 36.. tambahkan 3+6

Sekarang boleh tengok jawapannya di bawah.. Khalis listkan 18 filem terbaik dan Khalis yakin mesti tepat..

1   Merong Mahawangsa
2   Bujang lapok
3   Zombie kampung pisang
4   Puteri Gunung Ledang
5   Cicak-Man
6   Senario The Movie
7   Bakar
8   Lang Buana
9   Pramugari terlampau dan datin gersang
10 Aku Bukan bodoh
11 Diari Cinta
12 Sembilu
13 Azura
14 Penarik beca
15 Aku bukan pengemis
16 Maria Mariana
17 Panggilan Pulau
18 KL Drift

Jadi cuba tengok nombor pilihan anda.. dapat tak jawapannya?

Comments

hanjiechan said…
ishh~ ape ni?tipah tertipoo..~.~
Fir said…
nape leh dapat no.9 nih -_-;
Fahman said…
jawapan semua sama. ha3. nice one
Azku said…
Pramugari terlampau dan datin gersang? hahaha

pandai naa..
alieavea said…
arghhhhhh...tidak
cik sakdi said…
peh. mane tau ni filem fav kite num 9? kahkah

Popular Posts