Pages

Support Penaja

Friday, June 17, 2011

jodoh...

Posted by mykhalis On 9:30 AM 11 comments


Ummi   : Mat... kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad : Betul ke Ummi? Mat ok je kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai.... (senyum malu)

Ummi   : Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya.
Ahmad : Nampak ok orangnya Ummi, tapi..... dia ni gempal sikitlah Ummi.

Ummi   : Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu.
Ahmad : Masya Allah Ummi.... tapi B ni rendah lah Ummi....

Ummi   : Nah ! Cuba tengok gambar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat.
Ahmad : Subhanallah..... cantik dan manis betul dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..

Ummi   : Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim.
Ahmad : Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi.... yang lemah lembut sikit wataknya.

Ummi   : Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni.
Ahmad : Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah.

Ummi   : Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia.
Ahmad : Allah Allah hebat dia ni... tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju.

Ummi   : Ni pulak G, doktor muda balik Mesir dan ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari.
Ahmad : Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur'an lah Ummi.

Ummi   : Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak.
Ahmad : Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak...

Ummi   : Abang, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah   : Calon yang macam mana dia nak?

Ummi   : Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Al-Qur'an.
Abah   : Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu... minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu.... Peace! ^_^

I luv Islam

11 comments:

hahaha.. ayah yang cool...

mesti terdiam si anak tu...hahaha...best...

-Yok mampir diluk = tiada yang sempurna...ALLAH itu maha adil...

haha. bajet tol si mat tu. bapak jugak cool

tengok cermin tu yang penting tu..

hahaha.. amik kan dah terkena . haha.. daddy cool :)

terbaik la jwpn si ayah...hehehe

HOHOHOHOHO....tbaik ar jwpan bapak dia..

mesti ramai laki sentap..hehe..
=p

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...