Dara 107 tahun.. ada brani?


CORNWALL – Seorang anak dara berusia 107 tahun, Clara Meadmore mengakui
dia tidak pernah melakukan hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Perawan warga emas itu meraikan hari jadinya yang ke-107 pada Ahad lepas.

Ditanya bagaimana dia mengekalkan daranya sejak sekian lama, wanita itu
menyatakan, dia terlalu sibuk dan percaya seks cuma mengganggu kehidupannya.

Menurut Clara yang berasal dari sini, England, semasa usianya remaja
pada tahun 1920-an dan 1930-an, seks adalah untuk wanita yang telah
berkahwin.

Dia tidak berhasrat untuk berumah tangga dan pernah menolak beberapa
lamaran sebelum ini.

“Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah
tidak,” kata Clara.

“Saya mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tidak berminat dengan seks
atau perkahwinan,” tambahnya. – Agensi

Comments

Anonymous said…
1st
catwar

Popular Posts