Saya cekik dan bakar : Pembunuh Dirang


Milnah (baju putih) bersama ahli keluarga sedih melihat lubang tempat mayat Dirang (gambar kecil) dibakar di Nusa Damai, Masai, Johor Bahru semalam.
 
PENGAKUAN SUSPEK KES BUNUH NURUL NADHIRAH ABDULLAH | NURUL NADHIRAH ABDULLAH DIBAKAR | Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.
“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.

Comments

Raden said…
stakat kne pndg rendah nenek org da brdendam smpai nk bunuh cucu die. kuajo!
Anonymous said…
bukan ke suspek tu penagih dadah ke? memang patut la pandang rendah. hish! cuba bakar kaki tangan dia rasa apa.
Anonymous said…
kata2 lagi tajam dari pisau so kene jaga mulut huhuhu
mra said…
tapi, bace kat paper, kate si org kedai tu, die pelik sbb dirang tak beli gula gula... erti nye, selepas membeli megi n telur, tetapi artikel ni kate sebaik hendak pergi ke kedai.

Popular Posts