Sedihnya,,bayi mati dihempap bapa sendiri


London – Seorang bayi berusia tiga bulan ditemui tidak sedarkan diri
dengan mukanya tersembam di sofa di bawah badan bapanya, Dale Owen yang
sedang tidur.

Perkara berkenaan didedahkan dalam inkues yang diadakan bagi menyiasat
punca kematian Alfie Smith selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di
Basforf, tiga tahun lalu.

Biarpun Alfie dibawa ke hospital namun dia meninggal dunia lima bulan
kemudian.

Inkues dimaklumkan bayi lelaki itu diletakkan di bawah jagaan neneknya,
Patricia Owen ketika kejadian itu berlaku.

Ketika memberikan keterangan, Owen berkata, dia telah naik ke tingkat
atas untuk mencari Alfie namun menemui mukanya tersembam di sofa bersama
Dale.

Jelasnya, ketika kejadian, Dale tidur di sebelah Alfie, namun dia tidak
menyedari bahawa dia telah menggerakkan badan dan menghempap ke atas
cucunya itu sehingga Alfie tidak sedarkan diri.

Mahkamah dimaklumkan, ambulan telah dipanggil manakala Dale telah
membuat pernafasan mulut ke mulut.

Sementara pemeriksaan yang dijalankan ke atas Dale tidak mendapati kesan
alkohol atau kannabis.

Ibu Alfie yang berusia 19 tahun kini berada di penjara kerana membunuh
jirannya.

Selepas kejadian berkenaan, Alfie telah ditempatkan di sebuah rumah anak
yatim namun meninggal dunia beberapa bulan kemudian akibat kecederaan
yang dialaminya itu.

Comments

Popular Posts