Kerana mintak artis dapat pakai cermin hitam.Zed Zaidi dimaki depan isteri
KUALA LUMPUR, Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia
(Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi untuk membantu
golongan artis berubah menjadi insiden memalukan apabila dirinya dimaki
oleh sekumpulan lelaki di hadapan isterinya pagi semalam ketika mahu
bersarapan di sebuah kedai.
Peristiwa memalukan ini tercetus gara-gara pihak berkenaan , salah faham
dengan menyangka, cadangan memberikan keizinan kepada artis untuk
memasang cermin gelap merupakan usul ketiga yang dikatakan bakal
dikemukakan Seniman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
menerusi laporan media sebelum ini.
“Memang benar saya dimaki pagi semalam. Takkanlah pula saya mahu menipu
masyarakat. Sebenarnya, usul untuk minta izin artis pasang cermin gelap
bukanlah usul yang sepatutnya saya kemukakan.
“Usul ini terbit tatkala beberapa media bertanyakan akan hal tersebut.
Saya hanya menjawab berkemungkinan besar tetapi ia belum ada dalam
bentuk bertulis lagi. Apatah lagi, ia bukanlah usul sah yang akan saya
bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri ((KDN).
“Insya-Allah, mengikut perancangan, esok saya akan bertemu dengan
Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk
membentangkan usul yang ketiga berkenaan. Apakah usul berkenaan, ada
baiknya pihak KDN yang mengumumkannya nanti,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai insiden memalukan itu, Zed menegaskan tidak
hairan dengan gertakan yang ditujukan terhadap dirinya itu. Namun, jauh
disudut hatinya terdetik rasa malu kerana perkara tersebut, berlaku di
hadapan isterinya yang sedang mengandung cahaya mata sulung.
“Saya tidak hairan dengan apa yang terjadi. Saya sudah lali dengan
kutukan sebegini kerana saya tahu sebagai artis tidak semua orang senang
dengan gerak-geri kita. Sejujurnya, sebaik saja diberikan amanah untuk
menjawat jawatan ini, saya sudah tanam pada diri saya bahawa kemungkinan
yang bakal saya lalui.
“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Inilah asam
garam yang perlu saya lalui sebagai pejuang nasib anak seni tempatan
melalui persatuan. Saya berani menanggungnya.
“Tiada masalah bagi saya untuk mereka gertak sebegitu asalkan dia tidak
sentuh saya atau memukul saya. Kalau mereka sentuh saya, mungkin perkara
lain akan terjadi. Namun, saya kurang selesa kerana ianya berlaku
dihadapan isteri saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Zed Zaidi, memberitahu selepas insiden itu, dia dan
isteri terus berpindah ke restoran lain untuk bersarapan kerana tidak
mahu perkara lain berbangkit.
“Mereka yang mengutuk saya adalah sekumpulan pemuda. Bermacam-macam
tuduhan dan makian yang dilontarkan terhadap saya. Mungkin kalau mereka
pukul saya, barulah saya akan membuat laporan polis.
“Apapun, pagi tadi, saya ada menerima panggilan daripada pegawai polis
yang merupakan teman saya bertanyakan tentang kejadian ini. Namun, saya
menegaskan ia adalah perkara biasa. Mujurlah juga pengunjung restoran
berkenaan juga buat tidak tahu saja,” ujarnya.
Berikut adalah usul yang dikemukan pihak seniman.
1. Kuota khas untuk artis dalam skim rumah rakyat 1Malaysia di Putrajaya.
2. Insurans untuk golongan artis.
3. Usul yang ketiga masih lagi belum dibentangkan lagi.

Comments