Bahana tak mahu bayar hutang

BANGKOK: Seorang lelaki mengancam untuk membunuh tebusannya dalam dalam satu kejadian yang berkait dengan kegagalan mangsa membayar hutang.

Kerana kecewa, lelaki bernama Peak itu menahan tebusan terbabit dan meletakkan parang pada lehernya di pinggir Bangkok.

Peak yang menghidap sakit buah pinggang, begitu terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar rawatan atau untuk membeli ubat apabila dia melakukan tindakan drastik itu.

Polis menghabiskan masa 30 minit memujuk lelaki berkenaan yang mendakwa tebusannya tidak membayar wang yang dipinjamkannya dan dia memerlukan wang itu untuk rawatan.

Selepas berjaya mententeramkannya, polis membawa Peak ke balai polis untuk mendakwanya.
Tebusan itu dibebaskan tanpa mengalami kecederaan. – Bangkok Post

sumber: hmetro.com.my

Comments

RHI said…
nampak rilex je tebusan dia hihih
Anonymous said…
pinjam pndai..bayar x mau plak..cisss...x guna manusia cm ni..ingt dia ja ka terdesak..org lain pun terdesak nk hidup..ingt main2 hutang2 ni..amalan x dangkat kot selagi x lunas hutang..tu la bahana x bayar hutang..nsib nyawa x melayang.
Anonymous said…
heran aku orang yang suka meminjam tak mao bayar.mcm sekor makhluk ni nama amin ismail tinggal kat kepala batas.janji nak bayar tp tak bayar.bila dah tekan btoi2 br bgtau tadak duit nak bayar sedangkan sebelum ni siap boleh tukar sport rim keta waja,tukar seat recaro.pastu kawen.lps kawen tu bole pula p becuti ngn bini dok menutoh kt langkawi ada pula duit.dia keja kat klinik kesihatan pelabuhan klang.

Popular Posts