Perghh : Melihat janin anak gajah dalam perut,,

BEDFORDSHIRE – Kakitangan Zoo Whipsnade di sini, Britain merakamkan
gambar janin seekor anak gajah jantan dinamakan George di dalam perut
ibunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej janin itu dirakamkan dengan menggunakan mesin pengimbas ultrabunyi
dan sebuah kamera kecil ketika kandungan ibunya berusia tiga bulan.

George dilahirkan setahun setengah selepas itu atau selepas ibunya
bunting selama 22 bulan.

George yang kini berusia enam bulan memiliki berat 124 kilogram ketika
dilahirkan manakala proses kelahirannya disiarkan saluran ITV1 di
Britain semalam. – Agensi

Comments

Popular Posts