Bradley Cooper : lelaki terseksi di dunia 2012


Dalam ulasannya, majalah People menyatakan, pelakon berusia 36 tahun itu bersikap sederhana walaupun dia memiliki senyuman memikat dan sepasang mata biru yang menakjubkan.

Menurut majalah berkenaan, Cooper juga seksi kerana amat rapat dengan ibunya terutama selepas bapanya, Charles meninggal dunia pada Januari lalu.



"Saya fikir ia hebat untuk seorang lelaki yang tidak memiliki wajah seorang model diberikan penghormatan sebegini," kata Cooper yang popular menerusi filem komedi, Hangover dalam satu wawancara bersama People.

"Saya fikir saya memiliki rupa paras yang baik. Kadang-kala saya kelihatan hebat dan sebahagian lagi saya nampak teruk," katanya.


Pelakon kacak itu bercinta dengan aktres Renee Zellweger selama dua tahun sebelum mereka berpisah pada Mac lalu. Dia juga pernah dilihat intim bersama penyanyi Jennifer Lopez, tetapi Cooper menegaskan bahawa dia bukan seorang lelaki kasanova. 


Antara pemenang terdahulu ialah aktor Ryan Reynolds, George Clooney, Brat Pitt dan Mel Gibson.


http://billyinfo.blogspot.com/

Comments

Popular Posts