Ceh..gila gersang punya pasal sanggup banduan lelaki ceroboh masuk sel banduan wanita
‘Kegersangan’ melampau seorang banduan di sebuah penjara antara paling
ketat kawalan keselamatannya di Maine, Amerika Syarikat memaksa dia
mencuba pelbagai cara untuk memuaskan nafsu seksnya.
Ternyata ia membuahkan hasil apabila banduan berusia 23 tahun dari
Biddeford itu ditangkap selepas menyusup ke sayap lain penjara itu untuk
mengadakan hubungan seks bersama seorang tahanan wanita.
Pejabat sherif berkata, Arien L’Italien merangkak antara sel pada malam
Sabtu lalu ketika kembali ke selnya di Penjara Daerah Cumberland.
Pihak berkuasa berkata, rakaman video menunjukkan dia memasuki sel
wanita melalui empat pintu untuk menemui tahanan wanita berusia 25 tahun
yang dikenalinya itu.
Kedua-duanya berkomunikasi melalui sistem pengalihan udara dan
memalsukan kunci di sel mereka.
L’Italien mempunyai rekod memiliki senjata api manakala banduan wanita
tersebut, Karla Wilson memiliki rekod melakukan serangan seksual.
Ketika ditanya pemberita sama ada mereka berdua sempat mengadakan
hubungan seks sebelum dikesan, ini jawapan pihak penjara: YA!
Comments