Perghh.. tikus sebesar 1 meter ditemui mati

Satu gambar yang menunjukkan binatang pelik iaitu seekor tikus gergasi didakwa dijumpai dalam sebuah kedai kasut di bandar raya New York, Amerika Syarikat telah tersebar luas dalam internet.

Imej dan video tersebut dikatakan menunjukkan seorang pekerja kedai Foot Locker di The Bronx sedang memegang tikus mati sebesar 3 kaki (1meter) di atas penyeduk.

Satu binatang pelik lain, iaitu tikus gergasi yang lebih kurang sama besar, telah dijumpai di kawasan Brooklyn, New York pada tahun lepas, dikatakan tikus spesis Gambian Pouched.

Dr. Robert S Voss, kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York, berkata: “Tidak mungkin tikus itu adalah tikus biasa yang terdapat dalam pembetungan. Saya pasti 90 peratus yang tikus itu adalah dari spesis Gambian Pouched.”

Dr. Voss berkata yang ada kemungkinan bahawa tikus tersebut adalah binatang peliharaan yang melarikan diri. Beliau juga berkata yang binatang jenis ini kelihatan garang tetapi sebenarnya mereka sangat suka bermain dan jinak. (Orange UK)

sumber: melayukini.net

yekss

Comments

Anonymous said…
jinak n suka brmain...huhuuh...okebai

Popular Posts