Perghh.. Gambar Dato' Lee Chong Wei dan koleksi kereta mewahnya

Beberapa keping gambar tersebar di Internet menunjukkan bahawa pemain
badminton perseorangan nombor satu dunia dari Malaysia, Dato Lee Chong
Wei baru-baru ini membeli sebuah kereta sport mewah baru iaitu Ferrari
F430 berwarna putih. Ferrari F430 ini dikuasakan oleh enjin V8 4.3L dan
mempunyai kuasa kuda melebihi 480.



Kereta sport mewah ini mampu melakukan 0-100km dalam 4 saat dan ia
mencapai had laju tertinggi 315km/j. Kereta ini dianggarkan bernilai
RM1.6 juta. No Plate BLG 1 telah dibida sebanyak RM69,100 oleh Lee Chong
Wei untuk dipakai pada kereta terbarunya ini.


Dato Lee Chong Wei yang baru berusia 29 tahun turut memiliki sebuah
kereta sport Nissan GT-R R35 (dipercayai telah dijual untuk membeli
Ferrari F430), BMW X6 Coupe dan Proton Inspira 2.0 yang merupakan hadiah
dari pengeluar kereta untuk memberi penghormatan kepada pencapaian beliau.

Di bawah adalah gambar kereta sport Nissan GTR R35 milik Lee Chong yang
dipercayai telah dijual.



Comments

Popular Posts