Playboy arab bersedia menawan Britain dengan sportcar putih
LONDON, Britain - Sekumpulan kasanova kaya dari Asia Barat tiba di  pusat bandar di sini dengan menaiki puluhan kereta sport yang semuanya  berwarna putih, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan  jutawan berganda berkenaan singgah untuk menginap di sebuah hotel  mewah, Hotel Dorchester, semasa mereka dalam perjalanan untuk menjelajah  ke beberapa destinasi menarik di Eropah sempena percutian musim panas.
Antara  kereta mewah yang dipandu mereka termasuk kereta sport Koenigsegg Agera  R yang berharga £1 juta (RM4.8 juta), Bugatti Veyron berharga £1.2 juta  (RM5.8 juta), Maybach Xenatec berharga £600 ribu (RM2.9 juta) dan tidak  terkecuali, sebuah Ferarri 599 yang memiliki harga jualan £200 ribu  (RM967,586) di Britain.
"Nampaknya putih  menjadi warna trend pada tahun ini," kata seorang graduan kejuruteraan  berusia 22 tahun yang berada di lokasi itu.
Ramai  warga Arab kaya-raya memilih untuk melancong ke Eropah pada bulan ini  untuk mengelakkan suhu ekstrem di negara-negara Asia Barat yang  mengalami musim panas. - Agensi



Comments