Aduhaii.. maknyah kini menjadi pramugari..

BANGKOK – Seramai empat mak nyah diambil bekerja sebagai pramugari PC
Air dalam kempen pengambilan pekerja baharu syarikat penerbangan
berkenaan di Thailand.

“Saya suka kerja yang membolehkan saya menonjolkan kebolehan. S suka
memakai seragam yang cantik,” kata seorang pramugari mak nyah,
Phuntakarn Sringern, 25, yang lebih dikenali sebagai Mew semasa mula
bertugas dalam penerbangan ke Hong Kong pada Jumaat lalu.

Rakan sekerjanya, Chayathisa Nakmai, 24, yang juga seorang mak nyah
berkata, dia sudah lama bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari.

“Namun, syarikat penerbangan hanya menawarkan jawatan pramugari dan
pramugara kepada wanita dan lelaki, orang seperti kami tidak diterima.
Kini, segalanya sudah berubah,” Chayathisa.

Penampilan mereka yang sama seperti pramugari lain menyebabkan penumpang
tidak menyedari bahawa Mew dan rakan-rakannya ialah mak nyah.

Semasa pesawat berada di udara, beberapa penumpang penerbangan tersebut
turut mengambil kesempatan bergambar dengan mereka.



“Oh, saya tidak tahu mereka mak nyah. Mereka nampak cantik dan sopan,”
kata seorang penumpang yang menamakan dirinya Bay ketika ditemu bual
pemberita.

Thailand memiliki budaya toleransi terhadap orientasi seksual dengan mak
nyah dianggap sebagai jantina ketiga di negara itu. – AFP

SUMBER : KOSMO ONLINE

Comments

Popular Posts