Mahu Awek korea? Inilah masanya..
SEOUL: Jika anda seorang wanita berusia 30-an dan mempunyai ijazah sarjana di Korea Selatan, anda mungkin memerlukan pencari jodoh untuk membantu anda menemui cinta, dan ibu anda yang bimbang mungkin terpaksa bekerja keras mencarikannya untuk anda.
Wanita Korea Selatan yang memiliki pendidikan tinggi didapati lebih memilih dan tidak mahu menjadi isteri yang hanya taat kepada suami seperti selalu.
Lee, 24, seorang pelajar senior di Seoul berkata, wanita yang mempunyai ijazah sarjana biasanya lebih sukar bertemu dengan lelaki yang berminat jika bakal pasangan itu hanya memiliki ijazah sarjana muda kerana masalah persepsi. Menurut statistik, usia wanita untuk berkahwin meningkat pada kadar 4.1 secara purata sejak 20 tahun, ke 28.9 tahun, menyebabkan ramai ibu yang bimbang, mula mencarikan jodoh untuk anak perempuan mereka.
Seorang wanita berusia 50-an yang mahu dikenali sebagai Ahn, berkata anaknya berusia awal 30-an dianggap “terlambat untuk berkahwin.” “Saya bimbang jika dia gagal mencari jodohnya tahun ini, pasti sukar untuk dia mendapatkan jodoh di masa akan datang, jadi saya minta dia pergi ke firma mencari jodoh,” katanya. – Reuters
sumber: hmetro.com.my
Comments