Mendapat pampasan RM13 juta kerana cacat ketika bermain bola


San Diego – Seorang pemain bola sepak Sekolah Tinggi Mission Hills
menerima pampasan berjumlah RM13 juta selepas mengalami kecederaan
kepala ketika bermain bola sepak sehingga menyebabkannya terpaksa
menggunakan iPad untuk berkomunikasi.

Dia juga terpaksa menggunakan kerusi roda dan tidak mampu berdiri atau
bercakap lagi.

Perjanjian dicapai selepas Scott Eveland, 22, yang juga bekas pemain
Liga Bolasepak Antarabangsa terpaksa bergelut untuk meneruskan kehidupan
akibat kecederaan yang dialaminya itu.

Pada 14 September 2007, dia rebah selepas bermain separuh masa pertama
dan doktor yang merawatnya terpaksa membuang sebahagian tengkorak
kepalanya bagi menyelamatkan Eveland.

Namun pendarahan dalam otak menyebabkan dia mengalami kecederaan lebih
parah.

Dalam pada itu, Pejabat Pelajaran Daerah San Marcos yang memantau
sekolah yang dihadiri oleh Eveland, tidak membuat sebarang pengakuan
akan bertanggungjawab terhadap penyelesaian pampasan itu.

Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Eveland
memaklumkan, pemuda berkenaan dan keluarganya bersetuju jurulatih,
pentadbir dan staf sekolah berkenaan tidak menyumbang kepada kemalangan
tragic berkenaan walaupun ia berlaku ketika perlawanan berlangsung di
sekolah itu.

Awal tahun ini, lebih 20 kes yang sama dikemukakan untuk tuntutan saman.

sumber

Comments

Popular Posts