Kesiannya.. Mati terhempap batu besar dalam kereta yang baru dibeli

Takdir memang sebuah misteri yang tidak ada yang mengetahui bila akan menimpa kita, samada baik  ataupun buruk..  Secanggih manapun teknologi yang ada ketika ini belum ada yang bioleh yang menentukan secara betul bila kita akan menemui ajal.

Beginilah sebuah kejadian yang tragik yang terjadi menimpa seorang lelaki bernama Hu yang memandu sebuah kereta yang baru sahaja dibeli dan baru keluar dari  showroom.Lelaki mengalami nahas ini ketika melintasi jalanan di pegunungan Qingtian, daerah Zhejiang di bahagian timur China.

Jalan yang sempit memang sangat berbahaya dan berisiko, namun siapa yang menyangka sebuah batu besar seberat kurang lebih 2 tan menjunam kebawah tepat menimpa kereta yang dipandu Hu dan akhirnya pula menyudahi riwayat hidupnya dengan penuh tragik.Mengurut surat khabar tempatan People Daily menyebutkan pertolongan polis dan pasukan penyelamat hanya tiba selepas empat jam kemudian selepas kejadian .

Hikmah yang boleh kita ambil dari kisah  ini adalah, tidak ada yang mengetahui bila kita bakal meninggal, bila kita bakal susah ataupun bila rezeki juga jodoh datang dan pergi, namun lebih baik kita selalu mempersiapkan  diri sekarang sebelum segala kemungkinan dalam hidup kita datang menghampiri.


Comments

Popular Posts