Iklan vitamin yang diharamkan di Australia

Sydney – Iklan komersial vitamin keluaran syarikat Swisse telah
diharamkan daripada keudara di Australia selepas ia didakwa membuat
fakta palsu mengenai produk yang dihasilkannya.

Keputusan itu dibuat oleh panel Therapeutics Goods Administration.
.
Tindakan itu diambil selepas siasatan yang dijalankan mendapati banyak
produk yang dikeluarkan mengandungi fakta yang salah dan tidak disahkan
serta tidak memenuhi sasaran.

Siasatan itu dijalankan selepas panel mendapat dua aduan daripada pengguna.

Syarikat vitamin berkenaan juga diberi masa sehingga 19 Mac ini bagi
menarik balik iklan untuk 11 jenis produk dan menghentikan penggunaan
slogan “You feel better on Swisse” selepas mendapati tiada bukti yang
dapat menyokong dakwaan berkenaan.

Antara produk terbabit ialah *WOMEN’S Ultivite*, yang didakwa mampu
mengatasi stress, *MEN’S Ultivite* mampu meningkatkan memori ;
*ULTIBOOST Wild Krill Oil* yang menyediakan manfaat untuk pesakit
jantung dan mampu bertindak dua kali lebih baik dari kapsul minyak ikan
serta *ULTIBOOST Sleep* yang membolehkan pengguna tidur nyenyak dan segar.

Syarikat pembekal vitamin berkenaan sebelum ini menggunakan selebriti
dan ahli sukan sebagai pelakon iklan bagi memasarkan produknya.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan akan mengemukakan perkara itu di
mahkamah bagi membatalkan keputusan berkenaan.

Comments

Popular Posts