Semangat pemain badminton Iraq

Sekarang ni Kejohanan Piala Thomas sedang rancak.. tapi tak rasa sangat kehangatannya..Mungkin sebab rakyat Malaysia dah penat nak dengar kekalahan demi kekalahan.. Selepas berjaya mengejutkan Korea Selatan walaupun tak diberi harapan.. dan bila rakyat Malaysia bayangkan kebangkitan skuad piala Thomas.. seperti biasa..Malaysia kembali kalah.. huhh..

Kenal tak dengan mamat ni? tak kenal? Khalis pun tak kenal.. Mana nak kenal..Masa sukan Asia yang lalu.. Mamat ni main selama 26 minit je sebelum kalah.. Tapi yang mengagumkan sebenarnya ialah dia datang tanpa ditemani sesiapapun.. dia tidak mempunyai jurulatih.. tajaan.. Menaiki pesawat yang mengambil masa selama 12 jam.. dia tetap meminta untuk mewakili Iraq demi semangat kesukanan.


Inilah dia Yala. Azad Abdul Hamid.. dalam perlawanan ini bila tewas terus dia tergesa-gesa mengemaskan barang seorang diri..

Comments

Popular Posts