Enam penari tiang terkedu


KUALA LUMPUR: Enam wanita separuh bogel yang asyik menari tiang di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, terkedu sebaik diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), awal pagi semalam.
Dalam operasi di pusat hiburan terkemuka di ibu kota jam 1.30 pagi, enam penari wanita yang ditahan itu adalah warga tempatan.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mat Isa berkata, konsep tarian tiang semakin menjadi perhatian sehingga membuatkan pemilik premis menyediakan khidmat itu bagi menarik ramai pelanggan.

“Ketika serbuan, semua penari wanita itu hanya memakai coli dan berseluar dalam serta asyik mempamerkan aksi ghairah kepada pengunjung selama 15 minit bagi tiga persembahan berbeza iaitu jam 10.45 malam, 11.45 malam dan 1.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata, premis yang baru sebulan beroperasi itu tidak memiliki lesen perniagaan sah atau permit sebagai pusat hiburan.

Katanya, pihaknya turut memeriksa 217 pengunjung dan menahan 61 remaja di bawah umur serta dipercayai masih bersekolah.
“Pengunjung di bawah umur membabitkan 26 wanita dan 25 lelaki. Hasil pemeriksaan mendapati yang paling muda berusia 17 tahun,” katanya.

Semua remaja kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi.

Comments

Anonymous said…
apa yang terjadi lepas kena tangkap
jantan said…
polis la pula raba agaknya

Popular Posts