Apa perasaan korang kalau lidah korang berbulu?

Agak sukar mempercayai apabila terdapat manusia yang mempunyai bulu di kawasan lidah. Kebiasaannya bulu tumbuh di kawasan seperti di seluruh bahagian pada tubuh kita, kecuali mata, mulut, telapak tangan dan kaki, serta kuku. Cuba perhatikan pada gambar pelik di bawah tentang lidah manusia yang berbulu.

 
Sindrom lidah berbulu (Hairy Tongue Syndrome) atau lingua villosa nigra adalah suatu keadaan dimana ada pertumbuhan papila filiform (bagian menonjol pada selaput yang berlendir di bahagian atas lidah) berlebih pada permukaan dorsal lidah.
Lidah berbulu adalah salah satu istilah yang tidak tepat dalam dunia kedoktoran gigi.Lidah berbulu tidak benar-benar menyifatkan adanya bulu atau rambut pada lidah.
 
Permukaan lidah yang sihat adalah nampak lembut. Papila yang tumbuh biasanya hilang dalam jangka waktu yang teratur. Namun, kadang-kadang papila ini cenderung tumbuh tapi tidak mau menghilang, dan muncul membentuk alur pada permukaan lidah.Alur ini sering menimbulkan tanda akibat terdapat bakteria atau kegiatan lain yang membuat warna lidah menjadi hitam.
Namun, lidah berbulu juga dapat muncul dalam beberapa warna iaitu coklat, putih, hijau, merah muda, atau salah satu dari berbagai corak bergantung pada etiologi spesifik dan faktor sekunder, misalnya penggunaan ubat kumur berwarna, gula-gula getah, atau gula-gula mint.
sumber: melayukini.net

Comments

Popular Posts