Lelaki Terperangkap Dalam Kereta Ditimbuni Salji Tebal Selama 2 Bulan Ditemui Masih Hidup
Seorang lelaki Sweden ditemui terperangkap dalam keretanya yang ditimbuni salji selama 2 bulan dan masih hidup pada Jumaat lepas. Lelaki berusia 45 tahun itu, menurut polis ditemui tersangat lemah dan tidak boleh bercakap kerana hidup di dalam kereta selama 2 bulan tanpa makanan.
Beliau ditemui tidak jauh dari Umea, utara Sweden oleh penunggang kenderaan salji yang menyangkakan kenderaan itu tiada apa-apa di dalamnya. Gerak hati mereka untuk memeriksa di dalam kereta tersebut menemukan mereka dengan lelaki tersebut sedang tidur dalam beg tidur.

"Sungguh menakjubkan", menurut penyelamat kerana beberapa hari sebelum itu suhu menjangkau di bawah paras beku -30C dan menurut lelaki malang yang di temui tersebut, beliau telah berada dalam kereta yang terperangkap itu sejak 19 Disember 2011 lagi.
Comments