Pages

Support Penaja

Tuesday, February 21, 2012

Purata 6 bayi luar nikah lahir dalam sejam di Malaysia

Posted by mykhalis On 11:14 AM 1 comments



Satu angka yang amat mengejutkan dan membimbangkan... Betul tak?

Dalam masa sejam, purata 6 bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara kita. Tu kalau ikut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008 hingga 2010, sebanyak  152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar. Purata kelahiran anak luar nikah dalam setahun seramai 50,727 manakala dalam sebulan seramai 4,227   dan jika dikira dalam sehari purata 141  bayi tidak sah taraf dilahirkan  .

ITU ANGKA YANG BERDAFTAR...

diulang ... BERDAFTAR!!! 

Agaknya kalau dicampur dengan bilangan yang menyorok kelahiran tak kira la bayi tu dibuang atau dijual , mungkin angkanya boleh mencecah 10 kelahiran dalam masa sejam kan?

Kita sebagai ibu bapa yang ada anak elok la amalkan doa di bawah agar anak-anak kita terhindar dari melakukan kemaksiatan:

 Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: 


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265
 
Related Posts Widget for Blogger

1 comments:

lakhailawallaquwataillabillahialilazim....

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...