Kentut akan diharamkan di Melawi.. Pencemaran bunyi dan bau


keindahan di Melawi

Aduhh... Khalis baru je beberapa hari lepas tulis pasal tembak rakan sebilik sebab berdengkur.. Korang tau apa berlaku malam tadi?? Muka Khalis kena hempuk dengan bantal.. terpinga-pinga Khalis.. biasanya baby Sayf Muslim sondol muka.. tapi kali ni cam ada orang pukul..dah la bilik gelap.. 
Pagi tadi Khalis tanya wife,, desak punya desak dia cakap memang dia hempuk.. dia dahla demam.. Khalis berdengkur kuat.. lepas tu baru je nak terlelap dia cakap Khalis kentut kuat gila.. Khalis sian kat wife.. rasanya berdosa tak kalau tidur asing lepas ni? bukan apa.. masa bujang dulu adik laki kHalis siap rakam Khalis berdengkur.. sebab dia cakap satu rumah dengar!! ARGHH..
OK..kembali pada berita


Penggubal undang-undang Malawi dilaporkan akan membahaskan sebuah undang-undang baru pada minggu hadapan kerana kesalahan kentut di khalayak ramai.


Menurut AFP, Parti Progresif Demokrat Party berusaha untuk meminda undang-undang anti pencemaran yang pertama kali diperkenalkan pada 1929, tetapi belum pernah dikuatkuasa oleh pihak berkuasa untuk keadaan 'perut kembung'.



Undang-undang menyatakan: "Sesiapa yang sengaja merosakkan suasana di mana-mana tempat sehingga ia menjadi beracun bagi kesihatan orang ramai di tempat kediaman atau kawasan perniagaan atau kawasan kejiranan atau melintas laluan awam, akan didapati bersalah kerana perbuatan salah laku."


Menteri Perundangan dan hal ehwal perlembagaan, George Chaponda memberitahu Capital Radio: "Kerajaan mempunyai hak memastikan kesopanan awam. Kami berhak memperkenalkan peraturan di negara ini.

"Adakah anda mahu melihat rakyat negara ini kentut di khalayak ramai di mana-mana saja? Ia tidak berlaku pada zaman pemerintah diktator kerana orang ramai takutkan akibatnya. Kini disebabkan oleh multipartism atau kebebasan, rakyat boleh berkentut di mana saja."


Dia menambah bahawa "ia (kentut) boleh dikawal" dan rakyat "sepatutnya pergi ke tandas, bukannya kentut di khalayak ramai".



Bagaimanapun, menurut Metro, peguam Anthony Kamanga tidak bersetuju dengan tafsiran Chaponda tentang undang-undang 1929, kerana fasa undang-undang tersebut hanya berkaitan dengan pencemaran udara ( sedangkan kentut tidak mencemarkan udara).

Comments

Popular Posts