Spy yang bukan dikalangan manusia..

Kerana terpengaruh dengan cerita Spy Myeong Wul, Khalis sedang belajar beberapa fakta mengenai spy. Khalis merasakan tertarik dengan beberapa fakta.. contohnya.. ada ke spy kat Malaysia? kalau ada kalau kita dapat tangkap berapa ganjaran kita dapat? kalau spy tu insaf dan nak jadi rakyat Malaysia blh tak? apepun.. Khalis sedang dilamun demam Spy.. huhh.. layan!!


1. Burung nasar
 


Arab Saudi baru-baru ini menuduh burung nasar sebagai perisik setelah ditemui membawa gelang pemancar di kaki yang dipasang pensyarah Universiti Israel. Para pengkaji memberitahu bahawa penandaan itu digunakan untuk mendapatkan pola migrasi.

2. Kucing

 


Pada tahun 1960-an, CIA dilaporkan melakukan pembedahan untuk memasukkan mikrofon dan pemancar ke dalam seekor kucing, projek ini dipanggil "Acoustic Kitty." Mantan petugas CIA Victor Marchetti memberitahu akhbar The Telegraph tentang projek itu
"dengan membedah kucing, memasukkan bateri ke dalam dirinya, kabel . Ekor digunakan sebagai antena, Mereka membuat suatu keburukan.. "

Kucing kabel pertama , menurut Guardian, dilepas untuk menjadi perisik dan dengan hanya beberapa langkah menuju sasaran sebelum kucing dilanggar teksi. Lalu CIA menyimpulkan bahawa projek ini tidak praktikal untuk mengumpulkan data - data inteligen.


3. Tupai


Polis Iran dilaporkan menangkap 14 tupai di atas dipercayai dijadikan perisik pada tahun 2007.Menurut Mental Floss, badan inteligen asing menemui tupai telah dilengkapi dengan peralatan untuk merisik.
" Sementara itu, sumber Luar Negeri melaporkan kepada Sky News bahawa "cerita ini adalah samar."

4. Merpati

 


Iran mengesahkan telah menemui "perisik merpati" berhampiran kawasan operasi nuklearnya pada tahun 2008.Tuduhan ini bukanlah yang pertama. Menurut Wired, merpati pembawa kamera mungkin telah ada sejak tahun 1903, ketika seorang jurutera Jerman membuat eksperimen dengan idea tersebut.


Merpati telah memainkan peranan yang begitu penting dalam masa perang. Seekor merpati Cher Ami, memenangi anugerah kerana menyelamatkan nyawa tentera AS semasa Perang Dunia I.
Dalam Dunia Perang Dunia ke-II, Inggeris menggunakan dua ekor helang dari luar negeri untuk menangkap merpati perisik dari Jerman, dan beberapa kejayaan telah dilaporkan.

5. Ikan Lumba-lumba dan Singa Laut

 


Angkatan Laut AS telah melatih singa laut dan lumba-lumba untuk program Marine Mammal.
Nampaknya tentera mendapat ilham latihan "Navy Seal," tetapi lebih memilih binatang ini kerana kemampuan mendengar dan melihat di bawah air dengan cahaya rendah.
Jadi, mamalia telah dilatih untuk membawa kamera malah bertindak di bawah air.

Kumpulan pencinta haiwan kurang bersetuju menggunakan binatang ini dalam pertempuran.
"Perang adalah untuk manusia semasa orang-orang dan parti politik dapat memutuskan perang diperlukan, haiwan tidak boleh," kata Dawn Carr kepada BBC.


6. Helang

 


Helang dicurigai menjadi perisik setelah sebuah jabatan di India menemui burung membawa apa yang nampak seperti kelengkapan untuk pengawasan berteknologi tinggi.

Menurut BBC, India awalnya megesyaki helang itu perisik dari Pakistan, seorang polis senior menjelaskan, dia menyatakan bahawa burung-burung itu hanya digunakan untuk membantu dengan ekspedisi berburu. Dengan kata lain, kelompok helang ini memang merisik tetapi merisik burung lain, bukan orang.


7. Serangga


 

Para ilmuwan dilaporkan melakukan eksperimen terhadap serangga untuk merisik. Telegraph menjelaskan bahawa elektroda, bateri, dan kamera video dipasang kepada serangga. US Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) dapat memasukkan otak dengan pemancar ke dalam ngengat dan kumbang semasa masih kepompong.
Perkara ini diyakini bahawa makhluk yang secara alami akan menggabungkan bergabung dalam tubuh serangga ketika membesar.

8. Ayam

 


Mungkin boleh dinamakan operasi "KFC," adalah singkatan dari Kuwait Field Chicken, semasa tentera AS merancang untuk menggunakan ayam semasa pertempuran, lapor BBC
Rancangannya adalah ayam akan digunakan untuk mengesan gas beracun, tapi 41 ekor mati kerana penyakit di Teluk seminggu setelah sampai.




Comments

MFI said…
lepas ni lalat pun akan jadi spy jugak

Popular Posts