Pages

Support Penaja

Thursday, October 20, 2011

Tebus talak demi kekasih

Posted by mykhalis On 2:13 PM 1 comments

TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak dengan bekas suami  untuk berkahwin dengan teman lelaki.
TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak dengan bekas suami untuk berkahwin dengan teman lelaki.
JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.

Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.

Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.

Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.


“Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.

Bagi Khalis tebus talak memang ada dalam islam untuk isteri melepaskan diri dari suami.. Tapi kalau camni.. memang tak taula nak komen camne.. better bagi bekas suami dari isterinya berzina..

1 comments:

tak faham la manusia skarang ni..melayu pon da makin pelik perangai..

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...