Kisah pemandu teksi dirogol penumpang wanita
Khalis ada satu berita berkenaan dengan tajuk ni..tapi itu Khalis cerita dalam entry selepas inila.
Yang ini Khalis nak ceritakan semula sebuah kisah mengenai pemandu teksi yang diperkosa.
Cerita ini Khalis dapat bila Khalis dan kawan naik teksi ke pusat bandar. Kebetulan driver teksi tu berbangsa india. Dia memang peramah gila.
Sambil borak borak tu, dia cakap, sekarang ramai pemandu teksi dalam keadaan berhati hati. Sebab dah ada kes pemandu teksi lelaki kena perkosa dengan perempuan.
Dia cakap kena dengan kawan dia sendiri. India jugak. Badan kecik je.. baru je dapat permit teksi, so nak cari duit lebih, dia ambil bahagian malam di kawasan kela kelab malam macam kat Bukit Bintang.
Satu hari, dia bawak 3 orang perempuan. 2 melayu seorang India. Seksii... tengah dia drive, dia rasa kat leher dia ada pisau. Kemudian perempuan tu suruh dia senyapkan diri dan berhenti.Dalam teksi tu, member yang bawak teksi ni diperkosa berkali kali sampai pengsan. Sedar2, dia dah kena ikat kat pokok dan tinggal spender sahaja.
Bila ada orang jumpa,, dia buat laporan polis. Entah macammana, mak driver ni terdengarla citer anak dia terlibat kes rogol.. lalu diapun pergila balai polis.. Biasala kalau kita tengok filem tamil, mak driver ni, menangisla.. sambil pukul anak dia sebab merogol, dia cakap memalukan keluarga, nak buang anak dia la..
Kemudian, bila polis terangkan yang anak dia sebenarnya kena rogol, bukan merogol, mak dia terus nangis melolong lolong.. dia cakap.. ini lagi maluuu.. apa punya laki sampai kena rogol..
Khalis tak taula ini kisah benar atau tidak.. tapi lelaki dirogol?? wahahahhahaha.. tak reti nak komen arr..
Comments