Bayi baru lahir ditemui mati dengan kesan kelaran di asrama sekolah


BETONG: Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.


Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Comments

Cik Tomei said…
mesti budak perempuan ni tertekan...siannye kat bayi tu...bapaknye pe cer?haishh!
Ms Lava said…
siannyer. bakpe yg g bunuh budak tu. biar je lah. ada la tu orang nk bela.. isk333.... syurga utk baby tu
cik misi said…
kang mesti tiap2 malam tido tak lena, dok kena kaco dengan perasaan sendiri sebab dah bunuh anak macam tu sekali. sadis!
Mun said…
:'( kejamnyaaaaa

Popular Posts