Pensyarah undang penari bogel dalam kuliah perniagaan
Ada 2 benda tentang perniagaan yang kat U tak ajar Khalis, tapi ianya sangat penting untuk bakal peniaga perlu tahu..dan ianya hanya diperoleh melalui pengalaman.
Pertama: Pihak berkuasa di Malaysia terutama majlis daerah/majlis perbandaran tidak akan mempercepatkan permohonan lesen perniagaan kalau kita tak "Ngulur".. faham tak? semua kerja melibatkan birokrasi di Malaysia ni semuanya nak kena bagi duit pencepat kerja.. kalau tak? memang turun naik pejabat jerla..
Kedua : Bila berniaga.. sila pandai bodek ahli politik supaya dapat kerja atau tender. Kalau melawan memang susahla hidup.. sikit2 polis datang wat pemeriksaan.. pengalaman Khalis? siang hari polis datang, malam hari penguatkuasa majlis pulak datang.. apa yang diorang nak pun tak taula.. sampai pelanggan pun tak selesa.
Itulah dia.. kalau dalam marketing style barat pulak.. kena pandai melayan bakal pengedar, pegawai kerajaan yang akan luluskan projek.. itu style barat la.. sebab itu seorang pensyarah sebuah universiti di Amerika membawa penari bogel kedalam kelasnya. Dia juga pernah membuat pertaruhan lumba kuda untuk mengajar pelajarnya mengenai statistik. Dikenali dengan teknik pengajaran yang lain dari yang lain.. Pensyarah yang hanya ingin dikenali sebagai Jack akhirnya dipecat setelah 22 tahun pengajarannya kerana membawa penari bogel memang tindakan yang over gile
Comments