Pages

Support Penaja

Thursday, October 20, 2011

Cerita tukar pakaian dalam di pasaraya : boleh atau tidak?

Posted by mykhalis On 11:50 AM 3 comments


Sudah jadi kebiasaan, kalau kita membeli barang, dan barang itu tak seperti yang kita bayangkan, kita berhak untuk tukar kembali. Khalis ingat lagi masa di UTM, Khalis temankan kawan Khalis ke Carefour Wangsa Maju,

Nak jadi ke cerita, member Khalis ni beli la suar dalam baru. Di kaunter tu dah ada tulis, antara barang yang tak dibenarkan untuk tukar ialah pakaian dalam, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.

Bila dah balik je ke kolej kediaman, petang tu member Khalis datang bilik ajak pergi Carefour semula. Dia kata suar dalam yang dia beli kecik. Khalis bagitau dia.. mana boleh tukar.. dah tulis dah tak boleh tukar.. Lagipun mesti member Khalis dah try kan? takkan nak jual balik.

Sebabkan memang kenal dia hati kering, Khalis temankan jugakla..sampai je kat kaunter, dia bagitau kat awek tu dia nak tukar suar dalam.. Awek kaunter tu cakapla.. mana boleh.. lepas tu, member Khalis ni keluarkan suar dalam tu, dia bagi pompuan tu pegang dia cakap." Bagila tukar balik!! kecik sangat.. dulu muat.. sekarang entah camne dah sendat..tak selesa nak jalan"

Agaknya sebab pompuan tu terkejut, dia bagi jugak tukar.. Muka Khalis waktu tu memang dah merah menyala dah.. memang bikin malu gile.. dan apa yang best? Member Khalis dapat ajak awek kaunter tu dating dan jadila peristiwa double date..

Jadi di sini.. kalau kita salah beli barang kita akan redho atau mempertahankan hak kita sebagai pembeli? tapi memang kawan Khalis ni memang pelik pada orang sikit.. kalau korang tak kuat semangat mesti tak berani nak wat camne dia buat

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...