Siar Kartun Nabi Nuh....RTM mohon maaf (dan klip video )

SENSITIF...gambaran sekumpulan haiwan sedang membantu menyiapkan bahtera Nabi Nuh yang disiarkan pagi semalam.



KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.

Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.

Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.


Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.



Biasalah kan RTM.. sibuk nak cari berita politik kesalahan dan kemunduran Kelantan, Selangor, Kedah.. mana ada masa nak check kandungan kartun2 ni..


Comments

MFI said…
btol tu..duk sibuk sgt pasal politik..
Princess Comey said…
perneh tengok cerita ni. masa kecik2 dulu bhs inggeris, lagi pon masih ta paham apa yang na di sampaikan. sekarang ni da ada translit and da tau apa yang nak disampaikan baru tau tu cerita pasal apa...

Popular Posts