Pertandingan " Jom Menang Bayi" di Kanada


siap ada penafian kat bawah setiap poster tu..

Sebuah stesen radio yang berpengkalan di Ottowa Kanada telah menganjurkan sebuah pertandingan yang mana hadiahnya ialah menanggung perbelanjaan kesuburan dan kehamilan buat pasangan yang sukar mendapatkan anak.

Hadiah bernilai hambir RM120 ribu ini berjaya menarik minat 400 penyertaan termasuklah pasangan gay, persendirian mahupun pasangan yang sukar hamil.

Pada masa sekarang, sudah ada 5 finalist yang akan mula menarik simpati daripada para juri dan pendengar. Menurut pihak radio.. tujuan mereka ialah untuk membantu mereka yang sukar mendapatkan anak.

Namun, poster dan slogan pertandingan mendapat bantahan orang ramai kerana ianya seumpama program menjual bayi.



Comments

Nurul Shaheedah said…
poster tak menahan betul. mcm jualan murah je. huhu

Popular Posts