Polis trafik gagal kawal lalulintas?Upah mime artis untuk melakukannya



Seingat Khalis semasa belajar di UTM, kalau kelas pukul 8 pagi, anda kena bangun jam 5 pagi untuk mandi dan solat.. pukul 6 dah kena beratur sepanjang 4 bangunan dari block A c hinggalah ke asrama perempuan di block A.


Sebenarnya ada jalan kampung, kalau jalan kaki hanya mengambil masa setengah jam paling lama.. tapi kalau dasar pemalas.. sanggup berdiri dalam bas sehingga 2 jam.. dari proses beratur dalam bas, mahupun berdiri dalam bas dalam kesesakan jalan raya.


Bermakna.. satu tekanan apabila melalui jalan yang jem setiap hari. Maka, untuk mengurangkan stress pemandu di Venezuala. selain dari mengerahkan polis trafik berkawal dengan muka serius.. mereka mengupah sekumpulan Mime Artis untuk melancarkan perjalanan.


Artis Mime(bukan Memey seorang artis tau) akan cuba menyapa pengguna jalan raya dengan sunyuman supaya memperlahankan kenderaan, berhenti atau mengikut lampu isyarat. malah ada antara mereka ditugaskan untuk membantu pejalan kaki di lintasan zebra.

menurut pihak yang terlibat. perkhidmatan Mime Artis ini akan terus digunakan sehinggalah pemandu sudah boleh bertimbang rasa di jalanan.



Comments

arituarini said…
btul jugak tu..nampak polis kang muka lg marah..kih kih kih

Popular Posts