Pages

Support Penaja

Friday, October 14, 2011

Mimi 3GP filem cakap dia dah tolak 3 kali berlakon filem ni

Posted by mykhalis On 3:35 PM 3 comments


Pelakon kontroversi filem Klip 3GP, Mimi pernah menolak tiga kali tawaran berlakon dalam filem itu kerana tiada pengalaman dalam bidang lakonan biarpun telah terbabit dalam bidang seni sejak hampir tiga tahun lalu.

Penyanyi kumpulan One Nation Emcees itu berkata, dia bagaimanapun memberanikan diri menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Aidil Fitri Mohamed Yunos itu selepas mendapati jalan ceritanya sesuai dengan dirinya.

“Walaupun saya pernah menolak tiga kali tawaran berlakon dalam Klip 3GP tetapi saya kemudiannya menerimanya kerana mendapati watak Maya yang saya lakonkan itu sesuai dengan saya. Ini adalah kali pertama saya berlakon filem. -mynewshub-
Kiranya camni.. Mimi rasa jalan cerita sesuai dengan dirinya.. apa maksudnya itu? pernah terlibat dengan 3gp? pernah tengok 3gp? tahu nak buat buat lakonan sedang melakukan hubungan seks?

Apapun.. Bob Loqman kena tahan sebab berceramah.. Jakim kata tak boleh.. sebab takde pentauliahan..
Mimi berlakon sedang beromen dan dirakam.. Jakim kata apa? 

APA APAPUN TAK KATA.. DIAAAMMMM AJE!!


3 comments:

benda best sbb tu x terkata...

sungguh menjengkel kan. statement menjerat diri sendiri.

oh my Gucci, panasssss hahaha~

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...