Anak ditemui melalui facebook


KANGAR: “Nasib baik saya simpan kata laluan facebook milik Nurul Nursyawatie, memudahkan saya dan suami mengesannya berdasarkan maklumat rakan anak perempuan saya dalam laman sembang terbabit,” kata Norhafiza Nordin, 37, yang bersyukur dapat menemui semula anak sulungnya yang hilang dua hari lalu.
Berdasarkan maklumat daripada facebook itu, Nurul Nursyawatie Mohd Sabri, 14, ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas 36 jam dilaporkan hilang.

“Ketika berjumpa hati saya cukup gementar dan mengalir air mata kerana tidak dapat menahan sebak sebaik bertemu dengan Nurul bersama kawannya dikenali sebagai Amira di pasar malam itu.
“Nurul terkejut kerana tidak menjangka bertemu dengan saya dan bapanya (Mohd Sabri Samat) yang bergegas ke Pulau Pinang selepas memperoleh maklumat daripada rakan Nurul menerusi facebook miliknya.

“Saya memberi kebebasan kepada anak menggunakan Internet termasuk melayari facebook tetapi kata laluannya saya simpan bagi memudahkan pemantauan,” katanya

Tengok pada cara ayahnya macam tegas.. sepatutnya mulai saat ni ibu dan ayah sila mintak password fb anak anak anda.. betull.. walau bijak dan baik camnepun, mereka tetap anak dan remaja yang ingin mencuba pelbagai cara.. lepas ni tengok Filem 3GP nnt ada yang test rakam ghairah la pulak.. tak percaya tengokla.. si lelaki ingin mencuba..si perempuan kerana cinta akan merelakan.. tahun depan..9 bulan dari sekarang.. berlambak lambak kes buang bayi akan kita dengar.. dalam longkang.. mangkuk tandas.. dalam almari.. dalam surau..semua ada..

Comments

misznanarizal said…
dah bagi kemudahan salah guna pulak..macam-macam
Cik Tomei said…
ayat yang last bkaitan FILM 3GP tu, saya sokong!TERBAEKKKK
mra said…
ini kes hilang ke kes lari rumah?? "ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam"

Popular Posts