Pages

Support Penaja

Thursday, October 13, 2011

‘Anu’ putus terkena bilah mesin bajak

Posted by mykhalis On 1:02 PM 2 comments

MARANG: Tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), berehat di atas sebuah jentera pembajak berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh di belakang jentera berkenaan yang tiba-tiba bergerak sebelum bilah mata pembajak itu mengenai seluarnya menyebabkan kemaluannya putus dalam kejadian di sebuah ladang penternakan di Serating, di sini.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu, mangsa seorang lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Terengganu, sedang menjalani latihan amali di ladang berkenaan.

Sumber berkata, mangsa yang mahu berehat bertindak menaiki sebuah traktor yang digunakan untuk membuat batas sayuran di ladang penternakan itu.

“Difahamkan mangsa terjatuh di atas bilah mata mesin bajak itu yang tiba-tiba bergerak dan alat berkenaan kemudian dikatakan memulas bahagian seluar panjang mangsa sehingga dipercayai memutuskan kemaluannya,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa yang kesakitan dan berlumuran darah menerima bantuan daripada rakannya yang berada berdekatan tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sumber berkata, penyelia ladang ternakan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu, dan laporan berkenaan dirujuk ke Balai Polis Merchang kerana kejadian berkenaan berlaku di kawasan itu.

Pengajarannya.. kalau 'anu' terputus boleh disambung..


2 comments:

siannye, dia sorg OKU kan?lps kejadian ni, btmbh OKU ke?

sy keje ktt c2 masa kejadian 2 berlaku..umo mangsa bkn 36thn tp 26thn.mmg btl die OKU..n mesin pbajak 2 bkn utk buat batas sayuran cm akhbar 2 tulis tp jentera mesin rumput utk bg kambing mkn..n mangsa naik dr jentera 2 mse tgh bgerak bkn ttbe je bgerak.n y sedih ny anu mangsa xblh d smbung balik n pihak syarikat xbg pape pmpasan pn kpda mangsa.huhu...

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...