Ustazah silih ganti teman lelaki
Sebelum baca ni , Khalis bersyukur sangat masa zaman Khalis belajar dan bercinta benda-benda yang akan didedahkan nanti adalah sangat kurang.Bukan takde, tapi zaman Khalis mana ada broadband lagik. Alhamdulillah. semoga adik-adik yang baru kenal dunia luar macam baru habis SPM/ STPM walaupun anda di dunia blog adalah orang lama, tapi dengarlah nasihat Khalis, jagalah aurat anda, perbualan dan tutur kata, pakaian dan perbuatan. Anda tak mampu ramal apa lelaki yang gila seks mampu lakukakn di luar sana. jaga diri.. Khalis sangat takut mengenangkan apa masalah sosial masa kini. Kerana Khalis juga ada adik bongsu perempuan. Saling beringat dan saling membantu. yang lelaki INGAT!!! kalau buat ke anak dara orang, tak mustahil orang akan buat kat anak, adik, akak mahupun ibu!! Khalis berpesan pada diri sendiri nie.
SAYA penuntut institut pengajian tinggi awan (IPTA) dan tinggal di kolej kediaman. Masalah saya adalah tidak tahan dengan tingkah laku rakan sebilik dipanggil A yang membuatkan saya tertekan.
Saya takut dipersoalkan di akhirat kelak kerana tidak menegurnya. A pelajar jurusan pengajian Islam dan sekarang mengambil sarjana dalam bidang yang sama.
Saya kesal dengan imej ustazah yang di bawa tidak menggambarkan dirinya sebenar. Mengapa saya berkata demikian? Begini ceritanya.
A ada teman lelaki yang juga bergelar ustaz. Kalau hendak diceritakan ini bukanlah teman lelaki yang baru tapi sudah silih berganti dan ini yang terbaru.
Sepanjang pergaulan A dengan teman lelaki dia tidak menjaga batas pergaulan yang disyariatkan. Malah seperti orang yang tidak belajar agama dan tidak tahu hukum. A sering kali bertemu, berpimpin tangan malah berbual di laman sosial menggunakan rakaman video tanpa memakai tudung dan hanya memakai baju tidur.
Kalau dari sudut bercakap dalam telefon sudah banyak kali dia bercakap umpama menjatuhkan maruah dirinya. Saya tidak tahu cara terbaik menegur A kerana tahu sikapnya yang pendendam malah suka membenci orang dan sanggup memutuskan tali silaturahim.
Bukan pertama kali tingkah laku A demikian malah turut berlaku ketika bersama bekas teman lelakinya dulu. Kawan-kawan ada menegurnya tetapi ibarat mencurah air ke daun keladi.
A tidak mengaku dirinya bersalah tapi suka menyalahkan orang lain dan seorang yang hipokrit di khalayak ramai. A juga tidak mempunyai rakan yang baik dan ada di antara rakan tidak selesa dengan caranya.
Persoalan saya: Bagaimanakah cara sewajarnya menegur A tanpa berlaku sebarang pertelingkahan? Apakah ciri-ciri daripada sudut psikologi dan kaunseling mengenai identiti beliau? Apakah pendekatan kaunseling yang sesuai untuk dilakukan daripada sudut Islam?
Rakan Prihatin
Selangor
APABILA ciri-ciri yang adik inginkan daripada seorang ustazah tidak dapat dilahirkan rakan sebilik, pemikiran dan tingkah laku adik terganggu. Apa yang berlaku adalah, A bertingkah laku mengikut keinginan dirinya yang sebenar, bukan seperti yang sepatutnya. Sebagai pelajar bidang pengajian Islam, tentunya adik berkeinginan A untuk memenuhi ciri seorang pelajar perempuan Islam yang unggul. Ciri itu adalah berpegang dengan segala yang ditentukan Islam iaitu hendaklah menjaga sifat kewanitaannya dan berpegang teguh dengan adab Islam.
Menjauhi segala yang dilarang dan hendaklah menjaga diri daripada perkara yang menimbulkan keraguan dalam pergaulan. (http://haluansiswa.haluan.org.my)
Sikap A sebagai seorang pendendam yang tegar, malah suka membenci orang dan sanggup memutuskan tali silaturahim bukanlah alasan adik tidak melakukan sesuatu untuk membantunya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar dan sahabat sejati umpama rendang tempat kita berteduh.
Hingga kini, adik belum mengambil tindakan yang konkrit untuk membantu rakan sebilik. Adik hanya berasa takut dipersoalkan di akhirat kelak kerana tidak menegur A. Jika adik benar-benar ingin membantu inilah masa dan ruang terbaik. Antara pendekatan yang boleh adik ambil adalah melalui proses WDEP yang boleh dilakukan secara berhikmah. WDEP terdiri daripada W (Wants), D (Doing), E (Evaluate) dan P (Planning). Melalui kaedah ini, A dapat dibantu dan dapat melakukan perubahan dalam mengubah identiti dirinya ke arah yang lebih positif.
Adik perlu bertanya perkara sebenarnya adik inginkan (wants) daripada kawan adik itu. Contohnya, adik inginkan A benar-benar bertingkah laku memenuhi ciri-ciri seorang ustazah. Secara lebih jelas, adik tidak mahu dia terbabit dengan perkara yang boleh menghasilkan maksiat seperti keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya.
Apabila adik mengetahui keinginan itu, langkah seterusnya adalah dengan mengambil tindakan (doing) yang sewajarnya. Adik boleh bertindak dengan memberitahu secara berhikmah melalui teknik yang betul mengenai kehendak atau keinginan adik itu. Seterusnya, adik boleh menilai (evaluate) sama ada tindakan itu berkesan atau tidak. Seterusnya buat perancangan (planning). Perancangan adik perlulah boleh diukur, mudah dan membabitkan A.
Menjawab beberapa soalan adik iaitu bagaimanakah cara sewajarnya untuk menegur A tanpa berlaku sebarang pertelingkahan? Adik boleh menegur A dengan mengatakan teguran adik adalah kerana sifat sayang sebagai seorang rakan. Jelaskan juga teguran tidak bermaksud untuk merosakkan dirinya, tetapi sebaliknya. Teguran perlu berhemah dan lemah lembut.
Soalan kedua adalah mengenai ciri-ciri sudut psikologi dan kaunseling mengenai identiti A. Dr tidak dapat kenal pasti dengan jelas kerana Dr perlu mengenali diri A melalui temubual, pengamatan dan melalui ujian tertentu. Penerokaan yang lebih mendalam terhadap dirinya perlu dilakukan. Bagaimanapun, Dr hanya boleh mengandaikan apa yang berlaku adalah, A bertingkah laku mengikut keinginan dirinya yang sebenar, bukan seperti sepatutnya.
Soalan seterusnya adalah apakah pendekatan kaunseling yang sesuai untuk dilakukan daripada sudut Islam? Badlihisham Mohd Nasir, dalam Dinamisme Gerakan Islam Dan Cabaran Semasa (2008) menjelaskan secara tradisi, dakwah dan kaunseling sudah diamalkan secara individu oleh khalifah Islam yang bersifat terbuka kepada teguran dan nasihat.
Rasulullah SAW sendiri menegaskan Islam adalah agama nasihat (al-Din al-Nasihah). Islam juga terlebih dulu dan secara lebih terperinci mendalami kelakuan serta sifat manusia sama ada zahir dan batin bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pendekatan nasihat atau kaunseling itu sendiri.
Secara lebih khusus, Islam mewajibkan pelaksanaan dakwah yang menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada perbuatan yang mungkar. Hakikat ini berdasarkan firman Allah swt. bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik." (al-Nahl: 125).
Semoga kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat hidayah. Amin.
curi dari metro

Comments
..erm maaf la..tapi sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut... aku ada rasa sesuatu yang tidak kena dengan tajuk dari akhbar metro ni...
"Ustazah silih ganti teman lelaki"..
sebenarnya pada pendapat aku, sebgai umat islam.,. ini ternyata fitnah kepada gelaran "ustazah"...
Ustaz atau ustazah ini hanya merujuk kepada seseorang mu'min yang betul2 mengamalkan dan mengajarkan ilmu2 agama,., dalam memelihara generasi akan datang supaya Islam tidak hilang....
..jadi pada pendapat aku berdasarkan apa yang di ceritakan oleh pengadu... wanita yang di maksudkan di atas, tidak langsung layak di panggil ustazah, tetapi lebih sesuai di panggil munafiq, kerana perangai dan sifatnya yang berpura-pura....
..bukan untuk menghakimi wanita yang di nyatakan , tetapi hanya di nilai dari segi penceritaan dari pengirim.....
..gelaran Ustaz dan Ustazah bukan boleh di jual beli,... tetapi ianya panggilan yang di anugerahkan sebenar-benarnya kepada mereka yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah-Nya,.......
sekian....
p/s: ...macam propaganda nak memburukkan ajaran Islam pun ada....
...tapi kepada yang bukak tudung jangan ingat bukak tudung tapi tak buat benda2 mcm "ustazah" tu lebih baik.... kita sebagai manusia tetap tidak lari dari pahala dan dosa... apabila hidup di muka bumi Allah ini.... jadi laksanakan berlandaskan Syariat bukan Syiar semata-mata..... insyaAllah,... menyeru kepada diri sendiri dan mereka yang muslim yang membaca komen saya... terima kasih....
kedua ustazah rasanya bukan gelaran untuk mereka yg sekadar belajr agama namun tak amalkannya
terima kasih sangat kongsi pendapat
waktu siang, ayu sopan.. bertudung labuh..
waktu mlm, abis hilang semua 2..
dunia2...