Pages

Support Penaja

Sunday, February 5, 2012

Tarzan di Afrika.. kali ini sukarela

Posted by mykhalis On 10:10 AM 1 comments

DeWet juga menjalani latihan untuk menjinakkan haiwan liar
DIA pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah kedai makan sebuah koperasi di Manchester, tetapi kini DeWet Du Toit sudah menjadi Tarzan.

Jejaka berusia 24 tahun itu menggantung pakaian seragamnya dan memakai seluar dalam bercorak kulit harimau bintang untuk berayun dari pokok ke pokok seperti wira rimba yang dipujanya.

Taksub dengan wira rimba itu, DeWet menghabiskan masa berhari-hari untuk berayun di hutan Afrika.


Dan seperti karakter rekaan itu, jejaka berusia 24 tahun itu menggunakan dahan pokok untuk melompat dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan sambil menjerit seperti Tarzan.

DeWet yang masih bujang berharap dapat mencari seorang ‘Jane’ yang sempurna untuk menemaninya menjalani kehidupan di rimba.

Jejaka bina badan yang menganggur itu mula tertarik dengan wira cerekaan rimba itu yang tinggal dengan monyet bernama Cheetah dalam filem asal ketika dia tinggal di Namibia dan bapanya pula ialah pengumpul komik dan buku Tarzan
JINAK... DeWet mengusap cheetah ketika menjalani kehidupan seperti Tarzan.

LASAK... jejaka berusia 24 tahun memilih kehidupan seperti Tarzan

1 comments:

macam-macam manusia punye obses.

ping

There was an error in this gadget

yang best di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...