Dera anak buat latihan dalam kesejukan


CHINA – Seorang usahawan, yang hanya mahu dikenali sebagai He, telah menjalankan sesi latihan esktrem untuk anaknya, Duoduo yang berusia empat tahun hanya kerana ingin melatih anaknya supaya menjadi cergas dan bebas dari sakitnya.


Menurut laporan dari Daily Chilli, sebuah rakaman video Duoduo yang sedang menjalani latihan arahan bapanya telah dimuat naik ke dalam You Tube baru-baru ini sewaktu mereka sedang bercuti di New York.
Di dalam video tersebut, Duoduo dilihat sedang disuruh He berlari dengan hanya memakai seluar dalam berwarna kuning di waktu pagi dengan suhu yang mencecah -13 darjah celcius dan bersalji tebal.

Duoduo juga dilihat menangis dan meminta He untuk mendukung dirinya sewaktu latihan itu dijalankan.
Ekoran tindakan itu, latihan ekstrem terbabit telah mencetuskan perdebatan hangat di China dan beberapa pihak lain menyifatkan tindakan He itu sebagai mendera anaknya sendiri.

Sewaktu kelahiran Duoduo, He mendakwa anaknya dilahirkan dalam keadaan pra-matang dan mungkin akan menghidap penyakit dimensia selepas diperiksa oleh doktor.

Tetapi He, seorang bekas guru dan isterinya tidak berputus asa dan berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

“Selepas dua bulan rawatan, Duoduo akhirnya dibenarkan pulang ke rumah. Selepas itu, saya mula merancang satu siri latihan untuk dia bagi memastikan dia kembali sihat,” kata He.

He berkata, beliau memulakan latihan ekstrem terhadap Duoduo dengan latihan berenang dalam air sejuk bersuhu 25 darjah celcius selepas 10 hari anaknya itu dikeluarkan dari hospital.

Malah, dia mula melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem terhadap diri Duoduo sejak berusia enam bulan.
Hingga kini, Duoduo akan menjalani sesi latihan berjoging sejauh tiga kilometer, berbasikal, memanjat gunung, mengambil kelas latihan wushu dan taekwondo setiap hari.

Bagaimanapun, He berkata kehidupan Duoduo kembali pulih apabila tahap kesihatannya langsung tidak terjejas dan dapat hidup seperti kanak-kanak normal yang lain hingga sekarang.

newshub

Comments

Popular Posts