9jam mati baru disedari di cyber cafe.
inilah rupa permainan yang menyebabkan kematian |
Sebagai owner pusat komputer yang beroperasi 24 jam sati ketika dahulu.. Khalis sendiri memahami erti ketagihan.. Pertama waktu Khalis bawa guitar hero dan drum set.. waktu tu.. 4 biji wii / xbox 360 tak berhenti digunakan untuk para pemain bermain.. Macam orang gila..
Kemudian, bila Khalis sendiri belajar main DOTA dan ajar pada beberapa orang kawan. Akhirnya.. cc penuh dengan pemain DOTA tegar.. pantang lag mesti monyok je muka sorang-sorang.. siap main 2 hari berturut-turut. betul-betul balik rumah untuk cari duit, mandi makan.. siap je terus datang cc... Kerana mereka ni lah Khalis dapat kahwin..hehe.. maklumlah sales melonjak gile.. tak payah pikir-pikir nak loan ke.. nak honeymoon ke.. sehari boleh dapat rm500-600..
Berbalik pada cerita ketagihan.. seorang remaja dari Taiwan didapati sudah mati hampir 9jam.. mereka yang bermain permainan League of Legend (lebih kurang sama dengan DOTA) punya la ralit main sampai tak perasana kawan kat sebelah mati sakit jantung.. agaknya volume headphone habis kuat pakai gamaknya.
mangsa, Chen Rong yu 23 disedari mati oleh penjaga pusat komputer.
Comments