Babak kantoi dalam Bini Biniku gangster
1.  Dalam babak awal, dua geng nak bertarung. Korang akan nampak diorang ni  berada dekat giler2 dalam satu syot sampai tangan mereka bertemu. Tapi  kenapa dalam syot lain, jauh bebenar diorang? Sampai nak bergaduh pun  terpaksa berlari ke arah geng lawan. 

2.  Semasa telefon dua ketua geng bunyi, ada dua pelakon extra kat  belakang. Satu pakai baju ungu dan satu lagi hitam putih. Tukar syot,  pelakon baju ungu itu hilang. Mungkinkah pelakon ungu itu yang terbaring  itu? Hmm. Pelakon baju ungu sekejap ada sekejap tak ada between syot.

3.  Lepas habis jawab telefon, dua geng akhirnya mengalah. Yang tak bleh  blahnya, semua extra yang rebah semuanya relek je mengundur. Bila masa  pula diorang bangun? Hmm..

4.  Semasa Herry jatuh tangga, Manja datang dan berdiri di tepi dinding  tangga, namun, semasa . pergi kerja, kita akan lihat kedudukan Manja  sudah berada di tengah tangga sedangkan dia tak bergerak pun sepanjang  babak.

5.  Sudu tom yam (rasanya), yang awalnya berada lebih dalam dalam mangkuk  tiba tiba naik atas sedikit secara tiba tiba. Malah, posisinya juga  terbaik, secara tiba tiba selepas bertukar syot.

6.  Semasa seorang extra ni bergaduh, dia buat lompatan. Kayu muncul di  tepi tayar belakang kereta, sebelum hilang semula dalam syot seterusnya.  Malah, posisi extra baju biru dan merah juga berubah kedudukan between  syot.

7. Semasa extra baju kuning kena tendang, kita akan lihat kerusi muncul di hadapan kotak sebelum secara tiba tiba.

8. Almari tiba tiba je tumbang. Sedangkan bunyi almari jatuh tak ada pun kedengaran.

9.  Manja letak beg merah di tepi bila dia masuk rumah. Kedengaran bell di  pintu berbunyi. Manja pun pergi buka pintu. Di bahu kanannya tiada beg.  Namun, selepas dia ambil sampul, beg merah tiba tiba muncul.

10.  Semasa dua geng ni bergaduh lagi, ada dua tiga orang extra yang rebah.  Tapi, syot tinggi menunjukkan semua sedang berdiri bergasak. Mana yang  rebah tadi ek?

11.  Semasa manja sentuh dan tarikh geng Kepala Kucing, pelakon extra yang  tiba tiba terbaring entah pasal apa muncul dalam syot seterusnya.  Perhatikan extra baju kuning tu akan jatuh sekali lagi selepas itu.  Silap susun rasanya nih.

12. Kedudukan extra baju kuning berbeza between syot. Extra pakai baju merah sekejap hilang sekejap ada.

13. Bayang atas rumput hilang. Menunjukkan timeline yang cukup lama untuk babak ni sehinggakan matahari pun dah hampir rebah.

14.  FAKTA atau AUTA: Manja cakap dekat Muza dan Totty, kalau nak kenal Min  Siam, kat lengan dia ada tatu naga berkepala kucing. Tetapi, apa yang  kita dapat lihat di lengan Min Siam, sepanjang filem hanyalah tatu naga  tanpa kepala.

15.  FAKTA atau AUTA: Semasa Manja tanya ‘Mana suami aku?’, Mat Saja jawab,  ‘Mana aku tau, aku tak jaga dia.’ Manja berkata ‘Aku tak tanya kaulah,  Endok!’. Nama Endok merujuk kepada salah seorang kuncu geng Manja, jika  anda lihat babak semasa Manja call seseorang (Endok) selepas Mat Saja  berikan gambar Herry dan Reanna. Mat Saja bukan datang dari mana mana  geng. Watak Endok tidak pernah muncul dalam filem ini. Dan Mat Saja  bukanlah Endok. Sepatutnya dialognya ‘Aku tak tanya kaulah, Mat Saja!’.

15.  FAKTA atau AUTA: Sebutan Reanna dari bibir ayahanda Halim di akhir  filem bertukar tukar. Reanna disebut Diana, kemudian Rina kemudiannya  Diana semula, sebelum Rina kembali semasa ‘suami didahulukan…’. Mungkin  lidah tergeliat kot nak sebut Reanna.
Kredit kepada goof spot 



Comments