Babak kantoi dalam Bini Biniku gangster
1. Dalam babak awal, dua geng nak bertarung. Korang akan nampak diorang ni berada dekat giler2 dalam satu syot sampai tangan mereka bertemu. Tapi kenapa dalam syot lain, jauh bebenar diorang? Sampai nak bergaduh pun terpaksa berlari ke arah geng lawan.
2. Semasa telefon dua ketua geng bunyi, ada dua pelakon extra kat belakang. Satu pakai baju ungu dan satu lagi hitam putih. Tukar syot, pelakon baju ungu itu hilang. Mungkinkah pelakon ungu itu yang terbaring itu? Hmm. Pelakon baju ungu sekejap ada sekejap tak ada between syot.
3. Lepas habis jawab telefon, dua geng akhirnya mengalah. Yang tak bleh blahnya, semua extra yang rebah semuanya relek je mengundur. Bila masa pula diorang bangun? Hmm..
4. Semasa Herry jatuh tangga, Manja datang dan berdiri di tepi dinding tangga, namun, semasa . pergi kerja, kita akan lihat kedudukan Manja sudah berada di tengah tangga sedangkan dia tak bergerak pun sepanjang babak.
5. Sudu tom yam (rasanya), yang awalnya berada lebih dalam dalam mangkuk tiba tiba naik atas sedikit secara tiba tiba. Malah, posisinya juga terbaik, secara tiba tiba selepas bertukar syot.
6. Semasa seorang extra ni bergaduh, dia buat lompatan. Kayu muncul di tepi tayar belakang kereta, sebelum hilang semula dalam syot seterusnya. Malah, posisi extra baju biru dan merah juga berubah kedudukan between syot.
7. Semasa extra baju kuning kena tendang, kita akan lihat kerusi muncul di hadapan kotak sebelum secara tiba tiba.
8. Almari tiba tiba je tumbang. Sedangkan bunyi almari jatuh tak ada pun kedengaran.
9. Manja letak beg merah di tepi bila dia masuk rumah. Kedengaran bell di pintu berbunyi. Manja pun pergi buka pintu. Di bahu kanannya tiada beg. Namun, selepas dia ambil sampul, beg merah tiba tiba muncul.
10. Semasa dua geng ni bergaduh lagi, ada dua tiga orang extra yang rebah. Tapi, syot tinggi menunjukkan semua sedang berdiri bergasak. Mana yang rebah tadi ek?
11. Semasa manja sentuh dan tarikh geng Kepala Kucing, pelakon extra yang tiba tiba terbaring entah pasal apa muncul dalam syot seterusnya. Perhatikan extra baju kuning tu akan jatuh sekali lagi selepas itu. Silap susun rasanya nih.
12. Kedudukan extra baju kuning berbeza between syot. Extra pakai baju merah sekejap hilang sekejap ada.
13. Bayang atas rumput hilang. Menunjukkan timeline yang cukup lama untuk babak ni sehinggakan matahari pun dah hampir rebah.
14. FAKTA atau AUTA: Manja cakap dekat Muza dan Totty, kalau nak kenal Min Siam, kat lengan dia ada tatu naga berkepala kucing. Tetapi, apa yang kita dapat lihat di lengan Min Siam, sepanjang filem hanyalah tatu naga tanpa kepala.
15. FAKTA atau AUTA: Semasa Manja tanya ‘Mana suami aku?’, Mat Saja jawab, ‘Mana aku tau, aku tak jaga dia.’ Manja berkata ‘Aku tak tanya kaulah, Endok!’. Nama Endok merujuk kepada salah seorang kuncu geng Manja, jika anda lihat babak semasa Manja call seseorang (Endok) selepas Mat Saja berikan gambar Herry dan Reanna. Mat Saja bukan datang dari mana mana geng. Watak Endok tidak pernah muncul dalam filem ini. Dan Mat Saja bukanlah Endok. Sepatutnya dialognya ‘Aku tak tanya kaulah, Mat Saja!’.
15. FAKTA atau AUTA: Sebutan Reanna dari bibir ayahanda Halim di akhir filem bertukar tukar. Reanna disebut Diana, kemudian Rina kemudiannya Diana semula, sebelum Rina kembali semasa ‘suami didahulukan…’. Mungkin lidah tergeliat kot nak sebut Reanna.
Kredit kepada goof spot
Comments