Salam tahun baru : Apa yang dikenangi tahun 2011

semasa usia 5 hari.. pejam celik pejam celik dah 10 bukan 5 hari lagi.
Dua tahun lepas, dari seorang Khalis dah berdua, dan pada tahun lepas dari berdua dah jadi bertiga. Pantas sungguh masa berlalu. Cita-cita Khalis untuk menjadikan blog ini sebagai blog tertop tak tercapai lagi tahun ini. Apapun, bukan senang berblogging ni kan? sedah ramai sahabat blogger yang Khalis kenal tidak lagi mengupdate blog mereka. Hilang begitu sahaja di dunia blogging ini.

Tahun ini blogslucumenarik akan membaca cara baru dalam penyampaian cerita, gambar mahupun berita. ianya akan diringkaskan dan dipadatkan. Memandangkan rezeki Khalis untuk mengadap komputer tidak seperti zaman mula berblogging dahulu. Kini Khalis cuba untuk menambahkan pendapatan dengan mengeluarkan mee kuning secara IKS. InsyaAllah juga, Khalis akan kembali membuka kedai makan bertemakan masakan Kemboja dan Cina.

Dan Khalis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua readers, fan page ke,, kawan kawan ke kerana sudi terus membaca tidak kira ada update ataupun takde update. Dan sememangnya Khalis rasa tahun ni lagi banyak post berunsur politik dalam blog ni. Khalis sebanarnya baru sahaja mengesat air mata, bukan kerana mengenangkan kekalahan Manchester United malam tadi. Tapi kerana sebuah video yang menunjukkan perbezaan antara berani dan pengecut.

Sama samalah kita membaiki kelemahan kita tahun lalu.. semoga tahun ini lebih dari tahun yang lalu lalu. kalau ada rezeki mungkin berempat pulak Khalis tahun tahun ini..hehe(ini bukan gelak nakal ni) 

Comments

Anonymous said…
wah...ke arah usahawan berjaya...nice..

Popular Posts