Fakta best : Jatuh cinta jika renung 8.2 saat


LONDON - Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat.
Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu.
Kajian itu dilakukan terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres.
Mereka kemudian diminta memberikan penilaian terhadap daya tarikan pasangan masing-masing.
Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu tunggal.
Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. -


Tapi yang Khalis tau.. bila tengok awek cun pandangan pertama dimaafkan tau..janganla tengok sampai sejam tak berkelip..itu bernafsu gila namanya!!

Comments

raziellia said…
uishhh. kejapnya bole jatuh cinta dengan orang.. wah wah wah
Cik Tomei said…
haha tp bkn tenung gmbr kat atas ye~
lisa lis said…
hohohohoho ..pttla sy ni bkali2kali jtuh cinta hak3x.. ><
MFI said…
sejam tak berkelip? amboi..ganasnya..

Popular Posts