Sadis.. wanita merelakan dirinya diperkosa demi elakkan anaknya menjadi mangsa

hiasan

Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.

Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.

Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.

Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.

Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.
Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.

Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.
Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.

Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.

Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.
Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.

Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.

Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.

Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.

Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.
Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Comments

Unknown said…
ya Allah...kejamnye lelaki tu...
kasih ibu yg buat sy tersentuh.......
hrp bila ank2 wanita tu besar nnt,mereka mampu lindungi ibu mereka.amin
ya Rabbi! Kejam gila manusia ni. dah la merompak tambah lg satu dosa merogol. gila la.

tp tu la pengorbanan seorg ibu demi anknya. hmm.
Anonymous said…
eleh perempuan ni gila seks. tu yang dia relakan je.

Popular Posts