Perghh.. kerana tua..dirinya semakin jelita


Peningkatan umur bagi setiap individu itu adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan kerana usia tetap akan meningkat dari tahun ke tahun.

Pastinya juga, perubahan fizikal dari kurus menjadi gemuk dan wajah berubah menjadi tua adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan.

Tetapi, berbeza bagi seorang wanita yang berasal dari negara Korea, Jung Da Yeon yang kini berusia 46 tahun apabila dia nekad melakukan diet yang keras dan ekstrem dalam melakukan senaman harian.

Sebelum ini, Da Yeon mempunyai berat badan mencecah 70 kilogram dan menjalani kehidupan biasa sebagai seorang isteri yang prihatin terhadap perkembangan dan tumbesaran anaknya.

Namun, kerana ingin dirinya kelihatan menarik dan kekal muda, Da Yeon dengan aktif berdiet dan beratnya turun sebanyak 20 kilogram dalam masa hanya tiga bulan.

Di Korea, Da Yeon menjadi amat terkenal dan diberi gelaran sebagai ‘Momijang Anjumma’ yang bermaksud ibu ‘muda’ yang mempunyai bentuk badan menawan dan masih lagi kelihatan seperti gadis berumur 20-an.
Dengan kejayaan yang terhasil, keadaan itu mencetuskan ilham buat Da Yeon untuk menerbitkan buku tentang cara pemakanan sihat dan membuat video senaman yang ditayangkan di akhbar-akhbar tempatan negara itu dan juga laman sesawang di Korea.

Untuk terus mengekalkan kesihatan cergas, bentuk tubuh menawan dan wajahnya yang awet muda, Da Yeon sekarang ini bergerak aktif sebagai instruktur senaman di kebanyak pusat-pusat senaman di negaranya.
Dengan kejayaannya yang banyak memberikan inspirasi kepada semua wanita di seluruh negara, amalan pemakanan dan cara senaman Da Yeon menjadi ikutan dan dijadikan sebagai contoh untuk wanita-wanita lain menurunkan berat badan mereka.

Wanita Berubah Usia Dari 46 Kepada 20-an

Oleh: NAIMAH SHAARI



Comments

Popular Posts