info menarik : Grand Prix pertama di Tanah Melayu(sebelum merdeka)


Tahukah anda, Perlumbaan Grand Prix pertama di anjurkan di Tanah Melayu sebelum penubuhan Malaysia ialah di Johor Bahru.

Grand Prix pertama dianjurkan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada 1940 yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor.

Perlumbaan terbabit adalah bertujuan untuk mengisi tabung perang. 4 perlumbaan dilepaskan dalam acara yang berlangsung selama 2 hari.

Penyertaan hanya terbuka kepada peserta yang dijemput sahaja. Jemputan terbabit dihantar ke semua daerah di Johor termasuk Singapura, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.

Grand Prix kedua pula hanya di anjurkan pada 1948.

Kali ini Singapore Motor Club yang baru ditubuhkan ketika itu menjadi penganjur dan menerima sokongan dari Tunku Mahkota sendiri.

Grand Prix pada 1948 ini hanya berlangsung selama 1 hari dengan 4 perlumbaan dilepaskan; iaitu 2 untuk kategori motorsikal dan 2 untuk kategori kereta.

2 kategori motorsikal adalah untuk 350cc ke bawah dan satu lagi ialah 351cc keatas. Kedua-dua perlumbaan kategori motorsikal adalah sebanyak 5 pusingan.

Untuk Kategori Kereta pula ialah untuk kereta 1,500cc kebawah yang berlangsung sebanyang 5 pusingan.

Manakala 1 lagi kategori Kereta ialah untuk kereta Formula One, 1,500cc supercharged dan 4,500cc supercharge dan berlangsung sebanyak 10 pusingan.


Sebanyak 88 penyertaan dicatatkan pada 1950 dan 101 penyertaan pada 1952.

Jumlah penonton juga tidak kurang hebatnya ketika itu dan jumlah penonton terbesar dicatatkan pada 1952 dengan seramai 35,000 penonton menyaksikan perlumbaan secara langsung.

Jumlah jarak keseluruhan litar untuk satu pusingan ialah sejauh 3.7 kilometer.

Ianya juga merupakan litar dikawasan sekitar bandar Johor Bahru dengan kombinasi laluan lurus dan selekoh perlahan.

Perlumbaan dimulakan dihadapan Pejabat Pos Johor Bahru dengan melalui laluan lurus pesisir pantai Lido yang dikenali dengan nama Jalan Tai Heng ketika itu atau sekarang laluan berkenaan lebih dikenali sebagai Jalan Sultan Ibrahim.

Pelumba kemudian akan membelok ke kanan menuju ke Zoo Johor bersebelahan Masjid Abu Bakar dan melalui bukit di Jalan Gertak Merah.








Ni jalan nak masuk Zoo Johor.

Kemudian para pelumba akan memecut menuruni bukit sebelum sekali lagi belok ke kanan di hadapan Penjara Ayer Molek.








Laluan lurus sepanjang Jalan Ayer Molek pula membolehkan setiap pelumba melakukan pecutan sehingga ke garisan start/finish di hadapan Pejabat Pos Johor Bahru.


Harga tiket pula ditetapkan pada harga 5 Straits Dollars dan tiket boleh dibeli di Singapura dan Johor Bahru.

Kebanyakan yang menyertai perlumbaan ialah dari golongan berada dan hartawan dari Singapura dan Malaysia.


sumber

Comments

Popular Posts