cehh..Agnes Monica bercinta dengan ahli Super Junior
 Penyanyi Agnes Monica dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi Korea,  Siwon, dari kumpulan Super Junior atau lebih dikenali dengan nama  'Suju'.
 Baru-baru ini KapanLagi telah melaporkan bahawa pelantun "Matahariku"  ini telah tampil di salah sebuah rancangan terkenal di Korea dimana ia  menguatkan lagi dakwaan terhadap gosip percintaan mereka berdua.
 Penjelasan yang di buat oleh penyanyi berusia 25 tahun ini adalah bahawa dia dan Siwon hanya berkawan sahaja.
 Agnes yang mengetahui Super Junior akan datang ke Indonesia, menegaskan  bahawa hubungannya dengan Siwon hanyalah bersifat profesional.
 "Tiada yang istimewa berlaku di antara kami, kami cuma berbual ketika di  belakang pentas. Saya tidak berhubung dengannya melalui laman sosial,"  jelasnya.
 Agnes turut menjelaskan tentang isu Siwon atau nama sebenarnya, Choi  Si-won menjadi pengikut di Twitter-nya itu hanyalah perkara kecil, dia  sendiri tidak mengetahui akan perkara tersebut setelah diberitahu  peminatnya.
 "Selepas saya sampai di Indonesia, peminat yang memberitahu Siwon  menjadi pengikut saya di Twitter. Saya pun mengikutnya kembali, itu  sahaja," ujarnya.



Comments
catwar